• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri

oleh AK-47
05/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Alhamdulillah, dengan penuh keinsafan diri, marilah kita mensyukuri nikmat untuk dapat sekali lagi bersama Ramadhan al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan yang disediakan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang berusaha dan bersyukur.

2. Segala kesyukuran juga kita ungkapkan, kerana walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia ini masih lagi dapat bersama mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan segala ibadah dan amalan soleh dalam suasana yang aman dan harmoni.

3. Saban kali kita bertemu dengan tanggal 17 Ramadhan, maka kita akan dibawa untuk mengimbau kembali satu detik agung yang berlaku di dalam bulan Ramadhan, iaitu peristiwa Nuzul al-Quran. Pada detik inilah, bermulanya al-Quran sebagai Kalam Allah, diturunkan kepada umat manusia sebagai kesinambungan wahyu-wahyu samawi yang lalu. Sudah tentu, maksud kepada penurunan al-Quran ini sangat berkait rapat dengan maslahah dan kepentingan umat manusia.

4. Pedoman inilah yang telah dimaktubkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sendiri melalui ayat ke-29 surah Shaad yang bermaksud:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad) penuh dengan keberkatan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil peringatan dan iktibar.”

5. Sesungguhnya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, sentiasa berusaha untuk melunaskan pedoman Qurani ini dengan memastikan syiar, syariat dan maqasid (objektif-objektif) syariah sentiasa dijadikan kerangka rujuk dalam membangunkan negara. Semasa pembentangan Bajet 2015 yang lalu, saya telah memasukkan pembinaan sebuah Pusat Percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia. InsyaAllah, pada 10 Julai nanti, perasmian Majlis Pecah Tanah Nasrul Quran akan dilancarkan.

6. Bersama keberkatan Ramadhan dan semangat Nuzul al-Quran yang ada ini, kerajaan akan terus komited membangunkan negara walau apapun ujian dan tohmahan yang dihadapi. Sasaran kita untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi, adalah sangat selaras dengan tuntutan al-Quran.

7. Akhir kalam, saya mendoakan agar sempena detik kita memperingati peristiwa Nuzul al-Quran ini, seluruh kekuatan umat Islam di negara ini dapat disatukan di bawah satu payung agenda, iaitu agenda ummah. Semangat ta’awun (saling membantu dan bekerjasama) perlu disuburkan dan diperteguhkan sesama kita. Kerana itulah prasyarat maha penting untuk kita meraih pertolongan dan bantuan Allah Taala.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nuzul1436H/PM/Perutusan

Tags: Al-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd