Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tujuh Nelayan Filipina Hilang...

MANILA: Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari serta menyelamat tujuh nelayan yang hilang...

Dividen ASB 4.25 Sen,...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana...

Raja Muda Perlis Seru...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam...

2 Warga China Maut...

MIRI – Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan...

Perdasama Yakin Dengan Kabinet Baharu

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Malaysia (Perdasama) yakin pembentukan barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kepentingan negara.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, beliau optimis langkah oleh dijalankan oleh pimpinan tertinggi kerajaan itu semata-mata untuk membawa kearah kesejahteraan Malaysia.

“Selaku Presiden Perdasama, saya mengharapkan perlantikan baru ini dapat meningkatkan semua industri dalam negara terutama dalam bidang ekonomi dan keusahawanan demi menuju ke arah negara maju.

“Saya juga berharap agar dengan perlantikan ini dapat menyelamatkan nilai mata wang ringgit Malaysia yang kini berada dalam keadaan yang tidak begitu
stabil. Saya percaya isu ini sebenarnya berpunca dari publisiti negatif yang terlalu meluas terhadap pimpinan negara kita waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Moehamad Izat dalam pada itu turut yakin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet semalam masih mampu memberi sumbangan kepada negara.

“Kepada individu yang tidak lagi memegang apa-apa jawatan, diharap agar tetap meneruskan usaha demi membantu anak bangsa dan negara.

“Tidak semestinya apabila kita sudah tidak memegang apa-apa jawatan, kita sudah tidak boleh memberi apa-apa sumbangan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori