• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyamaran SPAD Berjaya Perangkap Pemandu Teksi Sapu

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Teknik penyamaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan tiga buah teksi sapu serta dua teksi berdaftar dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dekat sini hari ini.

Operasi selama empat jam bermula pukul tujuh pagi itu diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara, Ahmad Zaidi Shuib berserta 30 kakitangan SPAD dan lapan anggota polis.

Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata sebelum operasi dijalankan pihaknya telah membuat “identification diary” untuk mengenalpasti pemilik teksi sapu itu.

“Kita telah membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mengenalpasti kenderaan serta lokasi kegiatan itu dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas operasi Ops Tegas Banteras Aktiviti Teksi Sapu.

Che Hasni berkata, teksi sapu itu disita kerana tidak mempunyai permit perkhidmatan daripada SPAD manakala teksi berdaftar ditahan kerana mengambil penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.

Katanya pemandu teksi sapu itu kemudian ditahan untuk memberi keterangan lanjut sebelum didakwa di mahkamah.

Beliau berkata akibat daripada kegiatan itu ia memberi kesan kepada periuk nasi pemandu teksi yang berdaftar dengan SPAD selain memberi tanggapan negatif kepada pelancong.

Dalam pada itu Che Hasni turut menasihatkan orang awam agar tidak menggunakan khidmat teksi sapu kerana perkhidmatan teksi berkenaan tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans. – BERNAMA

Tags: pemandu teksiSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd