Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Mangsa Terakhir Kejadian Bot...

SIBU - Mayat mangsa terakhir kejadian bot panjang karam di Long Buyun, Belaga...

MESEJ Beri Manfaat 2,500...

KOTA KINABALU- Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan menerusi inisiatif kerajaan Sabah...

WGN Pantau Peniaga Jual...

KUALA LUMPUR - Pembekal solo produk IT Mara Digital, WGN Scan Sdn Bhd...

Pesawat Tentera Rusia, Tu-154...

MOSCOW - Pesawat tentera udara Rusia, Tu-154, yang membawa 91 orang dilaporkan hilang...

Penjual Besi Didakwa Bunuh Rakan

KUALA LUMPUR – Seorang penjual besi terpakai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya menggunakan sebilah parang, awal bulan ini.

R. Prabakaran, 23, dituduh membunuh Logeswaran Francis, 25, seorang penghantar surat, di Jalan Travers, Brickfields, antara 5.30 pagi dan 6 pagi, 2 Julai lepas.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T kuning berkolar dan berseluar hitam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 21 Sept depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan. – BERNAMA

https://youtu.be/YSQQadWZfhU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori