• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian Nelayan Hilang Diperluas 1,500 Batu Nautika

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Operasi mencari empat nelayan hilang di perairan Kemaman sejak enam hari lalu diperluaskan meliputi kawasan 1,500 batu nautika persegi dari utara perairan Tanjung Gelang, Kuantan hingga kawasan timur Pulau Tenggol, Dungun.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata operasi dipergiatkan dengan penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata kedua-dua agensi itu mula menggerakkan aset masing-masing yang melibakan sebuah kapal dan sebuah helikopter bermula semalam.

“Kita terus mempertingkatkan pencarian menerusi tinjauan udara serta rondaan di laut yang turut dilakukan nelayan tempatan, yang merangkumi sektor pencarian dengan radius 60 batu nautika dari perairan Kemaman.

“Dengan penglibatan pesawat Bombardier CL415 dan helikopter milik PDRM, sektor kawasan pencarian terus diperluaskan sehinggga merangkumi beberapa kawasan pulau sekitar Terengganu dan Pahang,” katanya kepada Bernama.

Empat nelayan berkenaan dilaporkan hilang apabila gagal dihubungi setelah mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda di perairan Kemaman pada 28 Jun lalu.

Norhafizi berkata operasi pencarian akan diteruskan sehingga satu tempoh tertentu.

Jelasnya dua buah kapal Maritim iaitu KM Redang dan KM Bahagak bersama 23 anggota masih giat melakukan pencarian di sekitar perairan Terengganu. – BERNAMA

 

Tags: APMMNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd