• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Akan Jumpa Justo Berhubung Pendedahan Maklumat Sulit

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menemui Xavier Andre Justo selepas mendapat kebenaran polis Thailand atas dakwaan dia telah berjumpa dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia dengan niat untuk menjual maklumat sulit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah wajar untuk PDRM bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu bagi mendapatkan maklumat secara langsung berhubung pendedahan polis Thailand susulan siasatan terhadap Justo.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan berjumpa dengan Justo sebaik mendapat kebenaran daripada polis Thailand dan barulah siasatan dapat dijalankan termasuk memanggil rakyat Malaysia berhubung pendedahan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaru Polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.

Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Wan Junaidi berkata PDRM juga seharusnya diberi ruang menyoal siasat Justo sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Beliau juga percaya rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti itu akan memberi kerjasama penuh berhubung pendedahan terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan perlu diteliti agar tidak memberi implikasi terhadap rakyat Malaysia termasuk konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri berikutan perbuatan membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. – BERNAMA

Tags: PDRMXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd