• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela Sumbang Gangsa Di Kejohanan Dunia

oleh Ahmad Albab
31/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyumbang pingat gangsa dalam acara kegemarannya 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia awal pagi ini.

Kejayaan ini melengkapkan detik manis buat atlet berasal dari Sarawak berumur 22 tahun itu yang sebelum itu mengesahkan tiketnya ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro sebaik mara ke pusingan akhir acara ini semalam.

Pandelela menampilkan aksi konsisten dalam empat daripada lima terjunannya untuk membolehkan Malaysia mengutip pingat pertama acara individu kejohanan ini.

Dia memulakan terjunan pertama dengan mengumpul 75 mata sebelum kesilapan terjunan kedua menyebabkannya hanya mengutip 65.25 mata.

Pandelela bangkit semula dalam tiga terjunan terakhir dengan masing-masing menyumbang 81.60 mata, untuk menggumpulkan keseluruhan 385.05 mata yang cukup meletakkannya di atas podium.

Atlet muda Korea Utara, Kim Kuk-hyang, 16, mencuri tumpuan dalam acara ini apabila muncul juara dengan mengutip 397.05 mata manakala pendatang baru dari China, Ren Qian memenangi pingat perak dengan 388.00 mata.

Sebagai rekod, Pandelela pernah memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia ketika berganding dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama di Rome, Itali pada 2009 dan Barcelona, Sepanyol 2013. – BERNAMA

Pandelela Rinong Raih Gangsa Di Kanada (25 Mei 2015)

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalan Raja Ditutup Enam Hari Sempena Citrawarna 2026

Jalan Raja Ditutup Enam Hari Sempena Citrawarna 2026

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya selama enam hari bermula jam 12...

Pelaburan RM19.1 Bilion: Kehebatan BN Jangan Dipadam Demi Propaganda Murahan PH

Pelaburan RM19.1 Bilion: Kehebatan BN Jangan Dipadam Demi Propaganda Murahan PH

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KEJAYAAN Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM19.1 bilion pada 2025 tidak boleh dijadikan bahan propaganda untuk mengangkat Pakatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd