• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Ya Pernah Ditahan Imigresen Kerana Misai

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Kerana miliki misai yang unik menyebabkan lelaki kelahiran Kampung Pinang, Mukim Pedu pernah ditahan oleh pihak imigresen di Jeddah sewaktu mahu mengerjakan umrah pada 2013.

Zakaria Yakob atau Pak Ya Misai, 55, berkata, ketika kejadian dia berasa terkejut kerana rombongan yang disertai selamat masuk ke lapangan terbang dan hanya dia sahaja ditahan.

“Selepas 20 minit ditahan, saya baru mengetahui bahawa pihak imigresen bertindak demikian kerana mahu bergambar dengan saya, dan perkara itu sangat melucukan,” katanya.

Pak Ya memiliki misai sepanjang 6 sentimeter menjadikannya sebagai aset kesayangan yang dijaga rapi selepas tamat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2002.

Menurutnya, menyimpan misai bukanlah perkara yang mudah kerana memerlukan perhatian supaya sentiasa kemas dan mendapat perhatian orang ramai.

“Setiap hari saya akan memastikan misai ini mesti digunting dan disisir supaya nampak lebih menarik. Saya sanggup membeli gel berharga RM25 sebotol supaya dapat membentuk misai saya ini dengan lebih mudah.

“Saya akan menghabiskan masa sebanyak 15 minit setiap pagi dengan membasuh dan membentuk supaya nampak lebih menarik,” katanya.

Pak Ya berkata, penjagaan misai ini memerlukan kesabaran terutamanya semasa selepas mengambil air sembahyang kerana misai itu tidak akan terurus lagi.

Setiap kali dia pergi ke mana sudah pasti akan membawa gel bagi memudahkannya menjaga misainya itu.

“Walaupun menyimpan misai yang panjang tetapi saya lebih peka kepada kebersihan kerana saya tidak mahu setiap kali makan orang akan memandang serong terhadap saya.

“Oleh itu, saya sangat mengambil berat kebersihan serta penjagaan yang rapi,” katanya .

Pak Ya berkata, misainya akan mendapat perhatian terutama di sesuatu majlis dan dia berasa bangga kerana misai merupakan simbol kebanggaan serta penghormatan sebagai seorang lelaki.

Katanya, pernah beberapa pemimpin bergambar dengannya kerana keunikan misainya itu dan ini memberi penghormatan kepadanya untuk terus menyimpan misai berkenaan.

– Sinar Harian

https://youtu.be/L2fKAYigqO4

Tags: Imigresen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd