• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Notis Saman Akan Dikeluarkan Kepada PBT Gagal Jaga Kebersihan

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan menyerahkan notis saman kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal menjayakan kempen kebersihan dan membanteras denggi di kawasan masing-masing, kata Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Bahagian Kawalan Penyakit sedang mengumpul bukti sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap PBT yang gagal menjalankan tugas mereka.

“Kementerian dah beri cukup masa kepada PBT untuk menyelesaikan kes denggi termasuk soal pengurusan sampah sejak tahun lalu, walau bagaimanapun mereka gagal berbuat demikian.

“Tujuan bertindak demikian menunjukkan pihak kementerian amat serius terhadap soal ini terutamanya untuk menyelesaikan kes denggi di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 3 Julai lepas, Dr Subramaniam ketika meninjau kawasan panas denggi di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PBT di Selangor jika tiada perubahan drastik dalam usaha menyelesaikan kes denggi.

Katanya kegagalan penguatkuasaan dan kempen kebersihan dilakukan PBT di kawasan tumpuan wabak denggi menyukarkan usaha kementerian mengekang serta mencegah wabak denggi dari terus berleluasa.

Sementara itu bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada Jumaat ini, Subramaniam meminta orang ramai untuk menitikberatkan penjagaan dan kebersihan kediaman sebelum pulang ke kampung halaman.

Katanya usaha tersebut bagi mengelak kediaman daripada menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes yang sekali gus menjadi punca penularan penyakit denggi.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengawasi pengambilan kalori supaya tidak terlalu berlebihan sehingga boleh mendatangkan masalah kesihatan. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd