• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora: Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang

oleh AK-47
27/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang dalam dunia tak mahu berkahwin kan?

Itulah juga yang dirasai oleh pelakon Nora Danish tiap kali dirinya diajukan pertanyaan bila mahu kembali bergelar seorang isteri.

Seperti yang kita semua tahu Nora kini sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri Aziz yang merupakan pegawai khas di Kementerian Pelancongan.

Mereka pun tidak segan silu mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan di laman sosial masing-masing selain kedua-duanya pun rapat dengan anak pasangan masing-masing.

Walaupun acap kali diasak peminat agar segera mendirikan rumah tangga dengan Nedim, namun Nora ada alasannya yang tersendiri kenapa dia enggan berbuat demikian.

Menurutnya, dia tidak mahu berkahwin atas alasan mahu menutup mulut orang yang tak senang melihatnya bersama dengan Nedim.

“Siapa yang tidak mahu mendirikan rumah tangga? Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin menoktahkan hubungan itu dengan lafaz ijab dan kabul. Begitu juga dengan Nora. Cuma tak mahulah berkahwin hanya kerana mahu menutup mulut orang yang tak senang melihat kami bersama.

“Sejujurnya memang ada kami berbincang soal perkahwinan tapi tidaklah terlalu fokus. Lagipun kami masing-masing pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga terdahulu. Bukanlah nak kata kami serik tetapi kami tak mahu terburu-buru. Tunggulah bila kami sudah betul-betul bersedia, pasti perkahwinan akan berlaku juga,” ujarnya memetik Bipop.

Tak mengapalah, kita doakan sahaja agar Nora dan Nedim bahagia sentiasa, kalau ada jodoh, tak ke mana. Kita tunggu je bila Nora nak khabarkan kepada kita bila dia nak tamatkan zaman bujangnya nanti. – MYNEWSHUB.CC

Kenal Ke? Bersama Nora Danish dan kekasihnya

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd