• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Sokong Gubal Akta Rokok Termasuk E-Rokok

oleh Ahmad Albab
26/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau yang turut merangkumi rokok elektronik (e-rokok).

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman berkata beliau menyokong cadangan untuk memasukkan e-rokok di bawah peraturan akta baharu tersebut.

E-rokok adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap.

“Hal ini perlu diambil serius walaupun akan ada bantahan dari pengguna dan pengedar kerana penggunaan e-rokok adalah sama bahaya dengan rokok biasa dan penguatkuasaan yang sama perlu diambil.

“Definisi rokok juga perlu diperluaskan lagi, tidak hanya pada rokok yang mengandungi tembakau, malah termasuk rokok tanpa tembakau dan shisha,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan kementerian menggubal akta baharu berdasarkan akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan garis panduan mengenai takrif e-rokok.

“Kementerian perlu membuat kajian segera merangkumi kepenggunaan dan apa yang diamalkan oleh rakyat negara ini bagi menetapkan tahap bahaya penggunaan e-rokok.

“Takrif dan garis panduan bagi e-rokok penting untuk orang ramai mengetahui klasifikasi rokok tersebut sama ada ia di bawah kategori rokok atau makanan bahaya,” katanya.

E-rokok mengandungi cecair nikotin dan perisa tambahan yang dipanggil e-juice serta bahan pelarut “propylene glycol” yang membawa kepada risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung dan saluran darah. – BERNAMA

Tags: NGORokok
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video mendakwa kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan bukan dalam bahasa Melayu tular...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd