• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Salleh Saman Bekas Konsultan NFCorp

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini memfailkan saman terhadap Shamsubahrin Ismail atas dakwaan memuat naik kenyataan berunsur fitnah mengenai dirinya dalam akaun Facebook Shamsubahrin.

Mohamad Salleh memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Al Firdaus Syed Ismat di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Shamsubahrin, yang juga bekas konsultan NFCorp, telah memuat naik enam kenyataan berunsur fitnah membabitkan dirinya (Mohamad Salleh) dalam akaun Facebook atas nama Shamsubahrin Ismail Tom antara 19 Mei hingga 23 Jun lepas, yang boleh diakses oleh orang ramai.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan fitnah itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh pada 18 Mei lepas, menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap Shamsubahrin atas dakwaan menipunya membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mohamad Salleh selaku plaintif berkata Shamsubahrin mendakwa dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan disabitkan bersalah oleh mahkamah, sebagai satu cara untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia melindungi plaintif serta membolehkan Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes pecah amanah yang dihadapi plaintif.

Dakwa Mohamad Salleh, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau bersekongkol dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempengaruhi Hakim Rozilah dengan mensabitkan Shamsubahrin bersalah.

Selain itu, beliau mendakwa kata-kata fitnah itu turut membawa maksud beliau mempengaruhi pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu.

Mohamad Salleh yang diwakili peguam Al Firdaus Shahrul Naing dan Syed Ismat Syed Muhamad hadir di mahkamah hari ini. – BERNAMA

Tags: NFCsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd