• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Operasi Mencari Dijangka Disambung Semula Esok

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha mencari pesawat Malaysia Aifrlines (MAS) Penerbangan MH370 di Lautan Hindi dijangka disambung semula esok, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Agensi itu, yang menyelia operasi mencari, berkata kapal Fugro Discovery telah selesai menjalankan rutin menghantar semula bekalan dan telah berlepas dari pelabuhan Fremantle.

“Ia dijangka tiba di kawasan pencarian pada 2 Julai (esok) untuk memulakan operasi mencari,” kata agensi itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JACC berkata sebuah lagi kapal, Fugro Equatof, juga telah meninggalkan pelabuhan dan dijangka tiba di kawasan carian pada Isnin untuk memulakan operasi pencarian.

Fugro ialah dua buah kapal yang pada masa ini ditugaskan mencari pesawat, selepas sebuah lagi kapal, Go Phoenix menghentikan operasi di laut dalam pada 20 Jun, dengan kontraknya dilaporkan telah berakhir.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia komited untuk meneruskan operasi mencari fasa kedua melibatkan tambahan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Sehingga kini, JACC berkata lebih 50,000 km persegi kawasan di dasar laut telah diliputi dalam fasa satu operasi membabitkan 60,000 kilometer persegi.

Penerbangann MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 kru berada dalam pesawat.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum dijumpai selepas operasi mencari secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi apabila ia dipercayai terhempas setelah melencong dari laluan penerbangan.

Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan pesawat itu mengalami kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dianggap telah terkorban. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd