• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Serangan Ekstremis Di Kuala Lumpur Palsu – PDRM

oleh Ahmad Albab
16/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya akan berlaku serangan ekstremis di ibu negara berikutan insiden di Plaza Low Yat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata mesej yang menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika mengunjungi beberapa lokasi di ibu kota kerana dikhuatiri kononnya akan diserang pihak ekstremis, serta terdapat perancangan untuk melakukan pertempuran kaum atas nama maruah bangsa dan agama, adalah palsu.

“Kesemua berita itu adalah palsu semata-mata dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan merosakkan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Insiden di Plaza Low Yat hanya membabitkan dua pihak dan tidak berkaitan dengan isu perkauman sama sekali. Walaupun isu ini dilihat kian reda dan tidak terkesan sebarang perancangan untuk melakukan serangan kaum, namun sikap tidak bertanggungjawab pengamal media sosial yang terus memanipulasi isu ini boleh menambahkan ketegangan kaum serta menyemarakkan kembali isu ini,” katanya menerusi Facebook rasmi PDRM hari ini.

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat dari sumber yang tidak sah dan segera merujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan penjelasan lanjut. – BERNAMA

 

 

Tags: ekstremisPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd