• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Mohon Semua Pihak Sabar Tunggu Siasatan 1MDB

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar bersabar dan jangan membuat sebarang spekulasi mengenai hasil siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengambil maklum semua pihak kini berada dalam kekeliruan berikutan terlalu banyak maklumat yang dikongsi mengenai isu berkenaan secara terbuka khususnya di media arus perdana dan sosial.

“Kita tunggu lah…siasatan sedang dibuat oleh ‘pasukan petugas’ dan tunggulah rumusan yang dibuat hasil dari siasatan berkenaan.

“Saya faham zaman IT (teknologi maklumat) ini semua celaru, semua benda jadi tidak terkawal tapi saya nasihatkan agar kita perlulah berfikir sesuai dengan keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Perusahaan Perladangan (LKPP) Negeri Pahang di sini, Selasa.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengeluarkan kenyataan media agar semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran kerajaan menunggu hasil siasatan ke atas 1MDB sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Menurut kenyataan itu, anggota pentadbiran kerajaan perlu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap Putrajaya dan UMNO. – BERNAMA

Tags: 1MDBAdnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd