• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Sarawak Hanya Dengan Malaysia – AMK

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Masa depan Sarawak dan juga Malaysia hanya dapat diberi jaminan yang baik sekiranya kekal sebagai sebuah persekutuan,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut beliau, sebuah negara Malaysia yang adil dan saksama tidak mungkin tercapai tanpa persepakatan rakyatnya dalam menjalankan usaha yang sama.

“Kami percaya bahawa hanya dasar persekutuan yang lebih menyeluruh mampu menghasilkan perkembangan dan kemajuan yang lebih mampan kepada semua rakyat Malaysia.

“Kita harus ingat bahawa Malaysia merupakan sebuah persekutuan. Oleh itu perpaduan dan persetujuan di dalam matlamat adalah penting di samping sikap saling hormat-menghormati dan usaha berterusan untuk mencapai kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, kata Nik Nazmi, dakwaan segelintir rakyat Sarawak kononnya negeri itu tidak memperoleh kemajuan yang sepatutnya dikecapi dalam persekutuan ada kebenarannya.

Justeru, katanya, pihak berkuasa tidak sewajarnya menghukum perbezaan pandangan segelintir rakyat Sarawak terbabit.

Penganjur perhimpunan ‘722 Sarawak Freedom And Independent Walk’ semalam menegaskan ia tidak meminta Sarawak keluar daripada Malaysia.

Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi memperingati hari kemerdekaan Sarawak daripada British serta menyuarakan tuntutan berhubung soal pendidikan, kesihatan dan royalti minyak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd