• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Ikat Liverpool 1-1 Pada Aksi Persahabatan

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Pilihan Malaysia, yang dibantu lima pemain asing, memperagakan aksi menarik untuk mengikat pasukan tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Skuad bimbingan Dollah Salleh tidak mengecewakan hampir 50,000 penonton apabila mengejutkan Liverpool dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi penyerang import PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh.

Wleh menyempurnakan gol pendahulu apabila mengecewakan penjaga gol simpanan Liverpool, Adam Bogdan.

Tersentak dengan jaringan itu, Liverpool memperkemaskan semula taktik dengan melakukan serangan bertali arus sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi rembatan deras pemain sayap berusia 19 tahun, Jordan Ibe.

Bagaimanapun, kedudukan tidak berubah selepas itu sehingga tamat separuh masa.

Selepas babak kedua bermula, Liverpool meneruskan momentum dengan melancarkan serangan bahaya terhadap pintu gol pasukan tuan rumah dengan menyaksikan penjaga gol negara, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan beberapa percubaan.

Biarpun Liverpool menguasai perlawanan namun skuad Pilihan Malaysia tidak berputus asa untuk mencari gol kemenangan dan peluang itu bagaimanapun tidak disempurnakan oleh percubaan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit-minit akhir perlawanan.

Kali terakhir, pasukan The Reds menentang skuad kebangsaan adalah pada 2011 yang menyaksikan mereka mengalahkan pilihan Malaysia 6-3.

Liverpool memulakan jelajah pramusim ini dengan mengalahkan pasukan All Stars dari Thailand 4-0 di Bangkok pada 14 Julai lepas sebelum mengalahkan dua pasukan Liga Australia, Brisbane Roard 2-1, Jumaat lepas dan Adelaide United 2-0, Isnin lepas.

Pasukan pelawat itu akan melengkapkan jelajah pramusim dengan menentang pasukan Finland, HJK Helsinki pada 1 Ogos ini di Stadium Sonera di Helsinki. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=T330gaADCDU

Tags: Harimau MalayaLiverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd