Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

KPM Nafi Tender Asrama...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan tulisan menerusi akaun Facebook, Rafi Awg...

Chong Wei Akan Menyerlah...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei...

RM17 Juta Tangani Hakisan...

KOTA BHARU - Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM17 juta bagi menjalankan projek menangani hakisan...

2 Ahli Parlimen Nafi...

PETALING JAYA - Dua ahli Parlimen menafikan mereka menyokong pencalonan Dr. Mahathir Mohamad sebagai...

Mais Siasat Pegawai, Teliti Dakwaan Mualaf

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menyiasat pegawainya yang didakwa tidak profesional oleh Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor ketika menguruskan mualaf di Klang.

Setiausaha Mais, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, pihaknya sedang meneliti aduan dan dakwaan itu.

Pihaknya juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca masalah.

“Sebanyak 10 dakwaan telah dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati pihak itu terhadap pegawai Mais yang menguruskan mualaf di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bakhtiar berkata, Mais mengambil maklum dakwaan tersebut melalui satu sidang media yang dibuat pada 13 Julai lalu, di depan Pejabat Agama Daerah Klang.

Terdahulu, Presiden Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor, Mikhael Iskhandaar mendakwa pegawai Mais gagal menyantuni saudara baru ketika memberikan perkhidmatan.

Selain berkelakuan biadab, Mikhael juga mendakwa pegawai terlibat juga gagal memberi pemahaman yang jelas tentang perkara berkaitan Islam kepada saudara baharu.

Sementara itu, Pusat Sokongan Khidmat Saudara Baru, Hidayah Centre Foundation menggesa mana-mana pihak yang memperjuangkan mualaf berhubung baik dengan pihak Mais.

Pengerusinya, Ir. Wan Ahmad Nizar Zakaria berkata, Mikhael sepatutnya bersemuka dengan pegawai tertinggi Mais untuk mendapat penjelasan berkenaan kesulitan mualaf dan menyelesaikannya dalam suasana mahabbah (kasih sayang) demi menjaga nama baik semua pihak.

“Kami dimaklumkan jumlah keseluruhan mualaf di Selangor seramai 33,507 dan 9,972 daripadanya adalah mualaf yang berdaftar dari tahun 2010 hingga 2015.

“Manakala jumlah kakitangan Mais yang mengendalikan urusan pula seramai 47 orang termasuk sembilan pemandu yang berkhidmat di pejabat Mais daerah.

“Dengan nisbah pegawai Mais dan saudara baru 1:713 sudah pasti pengurusan bantuan ini bukan suatu tugas yang mudah,” katanya.


Beliau juga percaya Mais mengamalkan sistem mengutamakan pelanggan dan bersedia menerima teguran melalui saluran yang disediakan.

Menurutnya, sebagai yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, pihaknya bersedia menjadi pengantara untuk sama-sama memastikan keperluan mualaf dapat disempurnakan.

“Kami sentiasa bekerjasama baik dengan pihak Mais sejak tahun 2005 lagi dan amat mengambil berat urusan dan keperluan mualaf.

“Pengalaman tersebut jelas membuktikan Mais berjaya memberikan khidmat sokongan yang baik untuk mualaf khususnya di Selangor,” katanya.

Baginya, kesungguhan Mais membantu mualaf terbukti melalui bimbingan agama dan kewangan yang diberikan.

Komitmen berterusan organisasi tersebut juga berjaya membantu mualaf menguruskan keperluan hidup sebagai insan yang boleh berdikari.

“Mais menyediakan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) yang dikendalikan oleh ustaz yang berpengalaman.

“Mereka juga menyalurkan elaun sara hidup, biasiswa pelajaran dan kemudahan pinjaman kepada mualaf yang ingin berniaga,” katanya.

Beliau menegaskan, kejayaan mualaf mendalami ilmu dan memperbaiki diri bagaimanapun  bergantung pada usaha dan kesungguhan mereka sendiri.

Katanya, masa yang panjang diperlukan untuk mualaf menjadi seorang muslim sejati sebagaimana yang diharapkan. – SINAR HARIAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori