Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Wanita Dakwa Rumah Baharu...

MENYERAMKAN apabila rumah yang baru sebulan didiami bersama-sama keluarga turut disertai 'penghuni' lain. Kejadian...

Pesakit Sembuh Rendah Berbanding...

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit sembuh hari ini merekodkan sebanyak 4,551 kes, iaitu rendah...

Maut Tertembak Rakan Setugas...

SERDANG - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak...

Keadaan Pelumba Negara Zamri...

KUALA LUMPUR - Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah...

Mahkamah Tetapkan 30 Sept Untuk Pendengaran Rayuan Kes Muhdalena

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 30 September ini untuk pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Putrajaya yang melepaskan Muhdalena Ahmad daripada tuduhan ugutan jenayah dan miliki senjata dalam kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri, pada Julai 2012.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar memberitahu pemberita bahawa tarikh itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof tanpa kehadiran Muhdalena dan peguamnya.

Katanya, rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim.

Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen Putrajaya, melepaskan Muhdalena, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, daripada empat pertuduhan mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.

Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori