• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Low Yat Terkawal, Polis Bertindak Terhadap 2 Kumpulan Bergaduh

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, Sabtu.

Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

“PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan,” katanya melalui akaun Twitter beliau pada Ahad.

Khalid juga mengesahkan keadaan di pusat perniagaan peralatan elektronik itu tenang dan terkawal malam ini.

“Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal,” katanya.

Sementara itu, menurut wartawan Bernama yang membuat tinjauan di plaza tersebut malam ini, dianggarkan beratus orang berkumpul di hadapan plaza itu sejak 8 malam tadi, dipercayai rakan kepada individu yang ditahan polis selepas insiden pergaduhan di plaza itu, semalam.

Semalam, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa ketika ditemui pemberita malam ini, berkata polis menahan tiga lagi individu malam ini di plaza berkenaan.

Mereka yang ditahan berusia 22 hingga 25 tahun.

Beliau berkata mereka ditahan selepas cuba melakukan provokasi dalam perhimpunan di luar plaza berkenaan.

“Saya bagi jaminan, pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan daripada polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Plaza Low Yatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd