• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bantu Kes Warga Iran Maut Dipukul

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki rakyat Iran maut selepas sehari dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kebun Bunga, di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di kawasan Jalan Kebun Bunga kira-kira 11.30 malam pada Jumaat.

“Hasil maklumat yang diperoleh polis, kami menahan lelaki warga tempatan itu bagi membantu siasatan dan dipercayai dia memang selalu berada di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya dengan penahanan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, dapat memberi beberapa maklumat berhubung kejadian itu.

Katanya polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan saya juga ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Asadollah Nabatikar, 52, yang dimasukkan ke HPP pada Rabu lepas kerana cedera parah di kepala dan dada, disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang Khamis di Unit Rawatan Rapi Am hospital itu.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan cedera parah di pondok rehat di kawasan Jalan Kebun Bunga oleh orang awam yang kemudian menghubungi ambulans.

Asadollah dipercayai disamun dan dipukul sekumpulan lelaki di kawasan kebun bunga itu pada Rabu dan hasil siasatan polis menemui kesan tompokan darah mangsa di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: kes pukulmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd