• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5,000 Pekebun Kecil Risda Perak Terima Dividen RM17.2 Juta

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Sejumlah 5,585 pekebun kecil di Perak hari ini menerima dividen RM17.2 juta daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Saarani Mohamad berkata pembayaran diberikan kepada pekebun kecil dalam Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK).

“Paling rendah, bagi peserta RTBB menerima dividen sebanyak RM1,976.80 bagi setiap satu hektar dan paling tinggi menerima RM4,000 bagi 2.02 hektar.

Manakala bagi peserta TSK pula, paling rendah menerima dividen berjumlah RM2,640 bagi setiap satu hektar dan RM8,750 bagi setiap 3.3 hektar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen RTBB dan TSK RISDA negeri Perak 2015, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah RISDA Perak, Ali Sabudin Abdul Samad.

Ali Sabudin berkata Risda pada tahun ini, akan memberikan tumpuan dan penekanan yang lebih kepada pembangunan usahawan sebagai satu fungsi utama RISDA selain daripada penanaman semula.

Katanya, agenda RISDA itu adalah selaras dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pelbagai aktiviti ekonomi tambahan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada sumber getah dan sawit sahaja.

Sehubungan itu, beliau berkata pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk membangunkan usahawan pekebun kecil dari aspek latihan dan kemahiran, bantuan modal dan pembiayaan, pembangunan produk dan pensijilan, premis perniagaan, pemasaran dan promosi. – BERNAMA

Tags: Pekebun KecilRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd