• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Penuh Ketua Audit Negara Jawab Dakwaan Isu 1MDB

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan penuh Ketua Audit Negara akan menjawab segala dakwaan yang mengaitkan beliau dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, perdana menteri berkata beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman (mengenai dakwaan terhadapnya) dan membiarkan Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) melaporkan perkara itu.

“Saya sebagai perdana menteri sesungguhnya saya tidak akan mengambil apa-apa yang berhak kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, di sini, malam ini.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan perkara yang ‘karut-mengarut’ di media sosial kerana kebenaran akan muncul pada akhirnya.

Terdahulu, Najib mengumumkan beberapa berita gembira yang bakal dinikmati oleh penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya kerajaan akan membina 11 buah tempat letak kereta bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM290 juta di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, katanya, kerajaan dengan kerjasama swasta menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) membina Rumah Gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling yang akan siap tidak lama lagi.

Najib berkata beliau akan meninjau sendiri projek bernilai RM17 juta itu yang akan menawarkan kemudahan tempat tinggal selesa kepada golongan gelandangan di ibu negara.

Perdana menteri kerajaan juga bersetuju untuk menjual rumah pangsa Sri Tioman, di Taman Melati kepada penyewa yang telah menghuni sejak 20 tahun lepas pada harga yang berkemampuan.

“Kerajaan akan melakukan apa sahaja keperluan untuk rakyat jelata kerana
kita mahu jaga hati rakyat dan rakyat pasti akan jaga hati kita apabila sampai masanya,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 2,000 daripada 8,500 golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai.

Najib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga ibu kota. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd