• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Ke-3 Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Selamat Dikebumi

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Kumpulan ketiga 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi ini.

Pengebumian kesemua jenazah terbabit, 23 lelaki dan satu tidak diketahui jantinanya bermula pada 12 tengah malam dan hanya selesai kira-kira 3 pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya, pengebumian 24 jenazah hari ini membawa bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 75 daripada 106 jenazah keseluruhan.

“Baki 31 lagi jenazah yang masih ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah bagi proses bedah siasat berkemungkinan akan dikebumikan Ahad ini dan selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pengebumian itu hari ini.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, diikuti oleh kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah mangsa jenayah itu beberapa hari selepas itu.

Sehingga awal hari ini, daripada 75 jenazah mangsa yang telah selamat dikebumikan, empat daripadanya adalah jenazah wanita manakala lain-lain adalah jenazah lelaki, kata Noh.

“Kebanyakan jenazah yang dikebumikan hanya tinggal tulang-tulang sahaja dan sedikit cebisan daging,” menurut beliau dan menambah, jenazah lelaki dan wanita dikebumikan di liang lahad berasingan.

Ditanya tentang punca kematian mangsa-mangsa itu, beliau berkata, berdasarkan laporan secara lisan yang diterimanya daripada pasukan forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap mangsa mengatakan ia akibat kebuluran dan bukan akibat didera atau diseksa.

Bagaimanapun, tindakan mengurung mangsa tanpa memberi sebarang makanan atau minuman juga merupakan suatu bentuk pembunuhan dan penyeksaan, katanya.

Turut menghadiri pengebumian jenazah mangsa pemerdagangan manusia hari ini adalah Timbalan Pengerusi Rohingya Society Malaysia Kedah (RSM) Yusof Ali.

Pengebumian jenazah-jenazah mangsa pemerdagangan manusia Wang Kelian itu diuruskan oleh kakitangan JAIK, Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Majlis Keselamatan Negara serta penduduk-penduduk Kampung Tualang. – BERNAMA

 

Tags: Mayatpemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd