• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anda Boleh ‘Laporkan’ Sekiranya Status Twitter Anda Dicuri

oleh AK-47
29/07/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK dahulu lagi, masalah tweet viral sering dicuri merupakan perkara yang sudah wujud sejak hari pertama akaun laman sosial ini dicipta.

Tindakan pencuri tweet ini adalah dengan mencuri tweet viral daripada pengguna lain yang kemudian digunakan bagi mendapat lebih banyak retweet dari tuitan asli.

Akaun milik pengguna lebih terkenal akan mencuri tweet dan anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka mempunyai lebih banyak pengikut.

Apabila ditegur akaun anda akan dihalang mereka dan mereka terus mencuri tweet tanpa sebarang kesan buruk.

Melihat perkara ini, pihak Twitter akhirnya mengambil langkah menyorokkan tweet yang dicuri sekiranya anda melaporkannya kepada mereka.

Memetik maklumat dari portal AMANZ, Olga Lexell, seorang pengguna Twitter melaporkan tweet jenaka nukilan beliau sering dicuri.

twidder
Foto: The Verge

Beliau kemudian melaporkan kes “kecurian” tweet beliau kepada Twitter untuk diambil tindakan.

Selepas beberapa hari, tweet jenaka yang dicuri ini tidak lagi dipaparkan dengan notis penarikan akibat laporan oleh pemilik hak cipta.

Kes hak cipta tweet Olga Lexell ini adalah yang pertama sekali di dalam sejarah twitter.

Ianya juga unik kerana bagi melayakkan tweet anda menjadi hak cipta peribadi, anda perlu mempunyai kerjaya dalam bidang penulisan.

Olga Lexell bekerja sebagai penulis sambilan dan beliau menggunakan alasan tweet beliau adalah hasil kerja beliau.

Oleh itu ia tidak boleh diciplak dengan sesuka hati oleh pengguna lain.

Kami faham perasaan yang dialami Olga Lexell kerana kami juga sering dijadikan mangsa tweet dicuri.

Tetapi tidak seperti Olga, kami tidak melaporkan tweet yang diciplak kepada pihak Twitter.

Ini adalah kerana ianya seakan membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

Bagi kami juga, kebanyakkan tweet hanyalah buasir mulut yang tidak harus dipandang serius. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: TheVerge

Tags: media sosialTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd