• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tetap Kawal, Pantau Penyebaran Maklumat Di Internet

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kerajaan akan tetap mengawal dan memantau penyebaran maklumat di internet bagi memastikan ia tidak menjejas keharmonian dan kemakmuran negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata maklumat di internet tidak boleh disekat kerana ia tetap akan tersebar dengan mudah dan pantas dari pelbagai rangkaian dan jaringan sedia ada dan apa yang boleh kerajaan lakukan adalah mengawalnya sepertimana dilakukan terhadap portal berita The Sarawak Report.

“Ciri internet ini tidak boleh disekat, data yang tersebar seperti air sungai yang tetap mengalir, kalau kita sekat di sini ia akan mengalir ikut aliran lain pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong di sini, Sabtu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman sesawang portal berita The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Mengikut kenyataan SKMM pada 19 Julai lepas, sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery berkata kerajaan bagaimanapun boleh mengawal penyebaran maklumat yang tidak betul dan yang boleh menjejas kestabilan politik dan keamanan negara.

Beliau berkata misalnya China telah awal-awal lagi menyekat rangkaian media sosial sebelum ia menjadi satu keperluan utama rakyat negara itu untuk berhubung manakala Britain yang lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara juga sedang mengkaji untuk menyekat WhatsApp.

“Sebenarnya media sosial banyak berguna kepada kita dalam kehidupan seharian tapi jika kita tidak tahu mempertimbangkan maklumat yang disebarnya, ia boleh menghancurkan negara,” katanya.

Menurutnya ketika ini terdapat kira-kira 15 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia dan ia merupakan antara media sosial yang paling banyak digunakan bukan sahaja untuk berhubung sesama rakan malah juga untuk tujuan perniagaan dalam talian. – BERNAMA

 

Tags: internetSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah… Tolonglah”

Next Post

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Berasingan

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Berasingan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd