Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Siasatan Kes Bunuh Siti...

SEPANG - Polis sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti...

Vokalis Utama Patah Kaki,...

BARU-baru ini vokalis kepada kumpulan rock popular Foo Fighters, Dave Grohl telah patah...

Vingada Bentuk Kombinasi Mantap...

JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih baharu, Nelo Vingada berjanji akan mempersiapakan skuad Harimau...

Suara Kemanusiaan Busking4Somalia @...

MOMEN Instagram antara detik menarik dalam Mini Showcase Busking4Somalia@Tesco Shah Alam, Selangor pada...

Video: “Maafkan Ambo, Tolonglah… Tolonglah”

APABILA melihat peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai bedarah-darah, memang kesian tapi itulah hakikatnya sekiranya profesyen anda adalah seorang peragut.

Sebagai contoh, peragut di Kelantan ini dibelasah tanpa belas kasihan oleh penduduk akibat cuba mencuri rantai emas daripada seorang warga emas di Kubur Maras Langgar, kelmarin.

Sebelum meragut, dikatakan suspek telah menyamar sebagai seorang pembeli serunding di kedai mangsa dalam kejadian kira-kira pada 2.30 petang itu.

naye yob

Dia cuba bertanyakan harga serunding pada mulanya dan kemudian secara tiba-tiba cuba merentap rantai dari leher mangsa.

Namun cubaannya gagal lantas membuatkan mangsa menjerit yang kemudiannya telah menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kedai tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Setapa Yusoff, mangsa telah cuba merentap rantai penjual berusia 68 tahun itu.

“Mangsa menjerit minta tolong sebelum cucunya yang berusia 11 tahun tampil membantu.

“Suspek yang cuba melarikan diri dikejar penduduk sebelum dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya yang dipetik akhbar Harian Metro.



Peragut Tak Sempat Lari Boh! by mynewshub

Menerusi video, suspek diikat pada sebatang tiang dan dia terjerit-jeritkan agar orang ramai memaafkan kesalahannya.

“Tolong laaa maafkan ambo… tolonglah,” ujarnya.

Seorang pengguna Facebook bernama Che Fafa Es memberikan komen dengan merasakan kasihan pada mulanya, namun sebenarnya merasa lebih marah terhadap peragut tersebut.

“Tengok kau kena pukul aku kesian… Simpati… Tapi bila ingat balik apa yang jadi dekat mangsa ragut aku pulak yang nak pukul kau!” katanya.

Apa-apa pun sudahlah dapat sakit dan maki hamun begini, harap-harap peragut terlibat insaflah hendaknya untuk menggunakan tulang empat kerat sendiri bagi mencari rezeki halal selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori