• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Komited Laksana Projek Langat 2 – Exco

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor komited dalam melaksanakan Projek Langat 2 yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Jaminan itu dibuat Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Kata beliau, komitmen itu mekanisme jangan masa panjang bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di negeri itu.

“Kerajaan Selangor terus komited dalam pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

“Ia bagi menyelesaikan gangguan bekalan air di Negeri Selangor secara sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zaidy dalam pada itu memaklumkan kerajaan Selangor mengambil beberapa pendekatan jangan masa pendek bagi menangani isu bekalan air yang kini melanda Hulu Langat dan Kuala Langat.

Menurutnya, Kerajaan Selangor mengarahkan operator loji rawatan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air loji dalam wilayah Hulu Langat dan Sepang seperti Loji Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11.

Katanya, Syabas pula diarahkan meningkatkan pengagihan rumah pam Wangsa Maju dari SSP1 & SSP3 ke Pudu Ulu bagi mengurangkan kawasan agihan dari Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Kata beliau, kerajaan Selangor turut mengarahkan Puncak Niaga meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Loji BRH bagi menampung agihan di sebahagian kawasan Kuala Selangor.

“Pada masa yang sama, bekalan air dari Loji SSP 1 dapat dialihkan ke Kolam Lipat Kajang bagi membantu kawasan Sijangkang dan Kuala Langat.

“Kita merancang, Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan hanyalah milik Allah. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekalan airKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd