• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Gagal Raih Kemenangan Di Laman Sendiri

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang pasukan tercorot, Sime Darby FC pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan kekal di kedudukan kesembilan dalam carta Liga Super selepas mengutip 15 mata daripada 14 perlawanan, manakala Sime Darby FC terus menghuni tangga terbawah liga dengan kutipan lima mata.

Pada aksi malam ini, Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Amiridzwan Taj Tajudin yang menolak masuk bola hasil hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor.

Pasukan tuan rumah yang mendapat jolokan ‘The Reds Warriors’ (TRW) hampir menambah jaringan pada minit ke-17, namun sepakan gunting Erwin Carillo berjaya diselamatkan penjaga gol Sime Darby FC, Redzuan Harun.

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-24 apabila Nemanja Vidakovic mudah menanduk masuk bola menerusi hantaran Marko Perovic dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua permainan, Sime Darby FC berjaya mendahului pasukan Kelantan menerusi jaringan Reinaldo Da Costa pada minit ke-50.

Penyerang import dari Brazil, Gilmar Da Silva menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72, bagi memastikan mereka meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Kelantan dijadual berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi ke-15 Liga Super di laman sendiri, Selasa ini.

Kedua-dua perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan pada bulan Ramadan lepas, terpaksa ditunda berikutan kerajaan Kelantan menggunakan perkarangan stadium untuk program Madinah Ramadan. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd