• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Tiada Kuasa Sekat Blog, Portal Berita

oleh
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana blog atau portal berita yang mempunyai motif-motif tertentu dalam sebarannya, lapor stesen Astro Awani.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, kuasa menyekat blog atau portal berita tertentu adalah terletak sepenuhnya di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pihak suruhanjaya tersebut pula berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta memiliki kuasa yang amat luas dalam penapisan dunia siber tanah air mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kata Wan Junaidi, rakyat juga perlu tahu serta jelas skop dan bidang kuasa yang berbeza antara kementeriannya itu dengan SKMM kerana KDN sebenarnya lebih kepada kawal selia bahan penerbitan secara bercetak fizikal.

“Blog bukan kuasa kita, itu kuasa SKMM. Bidang kuasa KDN untuk menutup mana-mana surat khabar yang mempunyai haluan tertentu terutama melibatkan aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Surat khabar yang dicetak di Malaysia atau dibawa dari luar untuk dijual di negara kita di bawah pemantauan KDN, blog di bawah SKMM, jadi penilaian kita adalah berbeza,” katanya ketika dihubungi stesen tersebut.

Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas pertikaian sesetengah pihak yang mempersoalkan punca beberapa blog tidak pula disekat seperti dialami akhbar berbahasa Inggeris, The Edge Weekly dan The Edge Financial.

Pada Jumaat, The Edge dalam satu kenyataan berkata, KDN melalui satu surat telah menjelaskan kedua-dua penerbitan tersebut memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata beliau kecewa dengan keputusan itu dan akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut.

Ini bukan kali pertama permit akhbar digantung KDN, ketika Ops Lalang dilancarkan pada 1987, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan pernah dibatalkan lesen penerbitannya.

Lidah rasmi pembangkang antaranya, Harakah milik Pas dan akhbar Suara Keadilan milik PKR juga pernah mengalami nasib sama bahkan ketika era kemuncak reformasi pada 1999, Harakah dikurangkan penerbitannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: HarakahKDNPortalSKMMThe Edge
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biar Polis Dapat Maklumat Daripada Justo, Kata Nancy

Next Post

Lima Lelaki Ditahan Miliki Suar

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Next Post

Lima Lelaki Ditahan Miliki Suar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd