• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Beri 3 Sebab Kenapa Gantung The Edge

oleh
27/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Sabtu menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian The Edge dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama: Tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan dua akhbar terbitan Kumpulan Media The Edge itu menimbulkan persoalan dan persepsi negatif masyarakat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua: Laporan diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh atau mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga: Isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepimpinan negara.

Baca: KDN Gantung Akhbar The Edge 3 Bulan

Juga: KDN Tiada Kuasa Sekat Blog, Portal Berita

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata, penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan oleh Kumpulan Media The Edge.

“Kedua-dua penerbitan berbahasa Inggeris itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar syarat penerbitan mengikut Seksyen 7 (1) di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

“Ini kerana ia mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara,” katanya.

Alwi berkata, pihak media tersebut sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam menapis sebarang laporan yang bakal diterbitkan mereka selaras dengan kebebasan yang diberi selama ini.

“Impak laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara serta tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012),” katanya.

Penerbitan di Malaysia juga perlu dilaksana tertakluk mengikut syarat peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, kata Alwi lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KDNKementerian Dalam NegeriThe Edge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd