• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kutipan Cukai GST Diketahui Pada Ogos Atau September

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Syarikat dan peniaga dengan perolehan RM5 juta ke atas yang diwajibkan mendaftar di bawah sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih dalam proses mengemukakan penyata GST masing-masing kepada pihak kastam.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata mereka diperlukan mengemukakan penyata mulai Mei dan setakat ini lebih 80 peratus telah berbuat demikian.

Mulai 1 Julai pula kumpulan peniaga yang berpendapatan kurang daripada RM5 juta setahun yang jumlahnya kira-kira 300,000 mula mengemukakan penyata GST masing-masing kepada Kastam.

Tempoh yang diberi akan membolehkan jumlah nilai kutipan GST sejak dikuatkuasakan 1 April lalu diketahui pada Ogos atau September, kata Khazali.

Kastam berhak mengikut undang-undang mengeluarkan notis taksiran secara automatik kepada peniaga yang gagal mengemukakan penyata GST mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin malam tadi.

Mengenai tempoh penggunaan bil-bil tulisan tangan oleh peniaga, Khazali berkata penggunaan bil seperti itu cuma dibenarkan sehingga September dan Kastam tidak akan melanjutkan tempohnya kerana ia satu daripada punca keraguan orang ramai dalam urusan jual beli. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd