• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Dipindahkan Dari KDN Ke JPM – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata JPAM yang diletakkan di bawah kendalian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim itu menjadi agensi tunggak dalam mengendalikan pengurusan bencana alam.

Katanya pengasingan tugas JPAM yang sebelum ini berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memberi tumpuan kepada soal pengurusan bencana.

“Perkara ini diputuskan Perdana Menteri sebelum ini lagi dan perpindahan itu terus dikuatkuasakan apabila kabinet baharu berkuatkuasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri di KDN, di sini hari ini.

Hadir sama dua timbalannya Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta bekas timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sebelum ini turut terlibat dalam pengendalian bencana alam kini dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras dalam soal keselamatan negara melibatkan jabatan dan agensi di bawah KDN dan Kementerian Pertahanan.

“Ini merupakan pendekatan baharu Perdana Menteri untuk menentukan pengukuhan peranan MKN dalam era yang memerlukan tumpuan yang lebih kepada soal keselamatan selain tugas yang dijalankan oleh KDN dan Kementerian Pertahanan,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian tugas antara dua timbalannya yang baharu dilantik, Ahmad Zahid berkata beliau percaya kepada perkongsian tanggungjawab dalam menguruskan lapan jabatan dan agensi di bawah KDN.

“Saya akan berbincang dengan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Alwi Ibrahim bukan sahaja mengenai pembahagian tugas malah saya percaya sesuatu tanggungjawab boleh dilaksanakan melalui perkongsian tanggungjawab,” katanya.
– BERNAMA

Tags: JPAMKDNZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd