• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johnny Depp Curi Masa Lawat Kanak-Kanak Sakit Di Australia

oleh AK-47
08/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Johnny Depp mencuri masa sebentar dan lari ke sebuah hospital di Brisbane, Australia bagi bertemu dengan pesakit kanak-kanak di pusat kesihatan tersebut.

Pelakon berusia 52 tahun itu seboleh mungkin turut meminta jasa baik staf hospital agar tidak mempromosi dan memberikan sebarang publisiti mengenai kehadirannya ke Hospital Kanak-Kanak Lady Cilento.

Walau bagaimanapun, perkara itu tersebar juga menerusi rakaman video dan foto yang berjaya diambil ketika aktor itu sedang menceriakan seorang pesakit kanak-kanak lelaki, Max Bennett, tujuh tahun.

Lengkap memakai kostum Jack Sparrow, Johnny tidak kekok melayan pesakit kanak-kanak yang sangat menyukai watak lakonannya itu.

Selain melawat Max, Johnny turut melawat seluruh wad yang terdapat di hospital tersebut.

Menurut ibu Max, Johnny sedaya upaya cuba berborak dengan kanak-kanak yang terlantar sakit di situ.

“Ianya sangat indah. Walaupun terdapat sesetengah orang cuba melarang Johnny daripada terus melawat kanak-kanak tersebut, namun dia (Johnny) tetap datang balik.

“Dia datang dengan syarat agar dia tidak dihalang daripada berbual dengan kanak-kanak tersebut dan boleh meluangkan masa seberapa lama dengan mereka,” katanya.

Ini kerana menerusi video yang dikongsikan, terdapat sesetengah individu yang cuba menghalangnya daripada terlalu lama meluangkan masa dengan kanak-kanak tersebut.

Johnny kini berada di negara kanggaru itu bagi menjalani penggambaran filem Pirates of the Carribean 5: Dead Men Tell No Tales. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd