• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Akui Tanggungjawab Di Kementerian Baharu Lebih Berat

oleh Ahmad Albab
31/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini, mengakui tanggungjawabnya kini lebih berat.

Ismail Sabri berkata selain pembangunan infrastruktur luar bandar, beliau juga perlu memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan dan keusahawanan.

Beliau yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata visinya adalah untuk memberi keutamaan dalam mempertingkatkan pembangunan infrastruktur asas seperti keperluan bekalan air terutamanya di Sabah dan Sarawak serta kawasan perkampungan Orang Asli.

“Selain fizikal, kita juga akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar kerana pembangunan fizikal tanpa diiringi pembangunan ekonomi tidak membawa banyak makna kepada penduduk terbabit,” katanya kepada media di kementerian baharunya itu di sini.

Ismail Sabri tiba di kementerian itu pada 10 pagi, disambut Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Ibrahim Muhamad, pengurusan tertinggi serta kakitangan kementerian dan kemudian diberi taklimat serta mengetuai mesyuarat di tingkat 29 bangunan itu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digugurkan daripada kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd