• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Kelakar ‘Seram’.. Nyaris Disaman Sebab Sekotak Milo

oleh AK-47
08/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter
Deejay Red FM, JayDee Lok
Deejay Red FM, JayDee Lok

KEDENGARAN agak lucu tapi kalau perkara ini berlaku pada diri kita tentu perasaannya sama seperti dirasai DJ radio Red FM, JayDee Lok.

Dalam kisah dikongsikan di Facebook peribadinya, JayDee ditahan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya pada 2 Julai lalu kerana didakwa menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu sedangkan apa yang dipegangnya ketika itu adalah kotak minuman Milo yang belum sempat disedutnya selepas dicucuk straw.

Apa yang membuatkan JayDee ‘panas hati’ adalah penjelasannya tidak mahu diterima oleh pihak polis yang berkeras dia sengaja menukar telefon bimbitnya dengan kotak Milo selepas perasan terdapat sekatan jalanraya.

“Saya dari awal dah nampak ada pegawai polis sembunyi belakang tiang lampu jadi saya tahu mesti ada sekatan jalan raya, tapi tak sangka akan ditahan.

“Pihak polis berkeras cakap saya gunakan telefon bimbit jadi saya beritahu mereka telefon bimbit saya ada dalam beg. Saya pegang air kotak Milo,” cerita JayDee.

Perbualan yang dikongsikan seterusnya memang kelakar tapi ‘panas’.. kita yang membacanya mungkin akan ketawa tetapi sewaktu kejadian kami pasti JayDee sikit pun tak rasa best. Di bawah kami ringkaskan perbualan yang berlaku:

JayDee: Sumpah, I tak pegang handphone tadi. Ni Milo tau. I baru nak minum, tengah pegang straw.

Polis: Jangan sumpah-sumpah semua. You sumpah banyak sangat, sebab tu you kat sini.

JayDee: Eh ni memang fitnah lah. I tak pegang handphone langsung. Fitnah!!! Where is your proof? Do you want me to call a lawyer? You ingat I tak tau undang-undang perjalanan???

Polis 2: You nak proof?! Kita call skarang member kita kat sana tu! Dia nampak! Dia boleh konfirm!

Polis 3: Ya. Pakai handphone. Tangan kiri.

JayDee: Iye laaaaaa I tengah pegang Milo dalam tangan kiri! Tanya dia – handphone warna apa?? Hijau??? Handphone I bukan hijau. Ni tidak adil!!! I nak panggil lawyer. Korang tak boleh saman I sebab pegang Milo..

Polis: Okey. Pergilah. Kalau you ingat you memang jujur, you drive je la. Nanti you kena accident atau mati, haaa itu sebab you ingat you jujur sangat.

milo

Kredit Foto: Facebook JayDee Lok
Kredit Foto: Facebook JayDee Lok

Sebenarnya salah faham boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Tak dinafikan ada ramai penipu di luar sana dan para pegawai trafik tentu sudah masak dengan taktik sesetengah pengguna jalan raya tapi untuk menegakkan undang-undang bukti kukuh tetap diperlukan.

Tanpa bukti cukuplah mengingatkan pengguna tentang undang-undang jalan raya sebelum lepaskan mereka pergi tanpa keluarkan ayat-ayat sarkastik yang tak profesional, betul tak?

Sampai nak menyumpah orang mati accident.. alamak, come on ini bukan kes gaduh budak-budak kot.. kahkah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: Red FMstatus facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lawak… Tempah Jack Kereta Tapi Terbeli Jack Mainan!

05/03/2018
0

MEMBELI-BELAH secara dalam talian sememangnya memudahkan dan sangat menjimatkan masa. Malah, hampir semua benda kini boleh dibeli dari rumah sahaja...

Dituduh Menipu, Shahir Lari Dari Bayar Hutang?

05/11/2017
0

SEJAK menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar, nampaknya nama Shahir kembali meniti di bibir para netizen. Bermula dengan aksi tariannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd