• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Bersyukur Bumbung Rumah Dibaiki Semula

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Aidilfitri kali ini nampaknya lebih bermakna kepada seorang ibu tunggal selepas bumbung rumahnya yang rosak dipukul ribut pada 4 Julai lepas sedang dibaiki oleh sebuah syarikat swasta.

Kumpulan Syarikat Tung Hing (THG) merupakan syarikat pembekal bahan pembinaan yang berpangkalan di Rawang, Selangor itu menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 dengan membina semula kerangka bumbung dan menukar bumbung yang baru rumah itu.

Sofiah Awang Ahmad, 63, dari Kampung Tok Sibil, Tajar di sini berkata dia terharu dan bersyukur kerana ada syarikat yang sudi tampil membantunya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Katanya dia amat gembira kerana empat anak dan 15 cucunya akan pulang ke rumahnya untuk menyambut hari raya Aidilfitri selepas mendapat berita rumah pusaka itu dalam proses baik pulih dan dijangka siap esok.

“Kalau tidak mereka tak akan baliklah sebab tidak ada ruang untuk mereka duduk kerana hampir keseluruhan bumbung rumah rosak. Setiap kali hujan air akan melimpah di seluruh rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sofiah berkata selepas kejadian itu dia bersama anak perempuan Mazlin Mansor, 38, terpaksa tidur dalam keadaan basah akibat hujan lebat dan terpaksa bersahur serta berbuka puasa dalam keadaan tidak selesa.

Katanya mereka sekeluarga akan menyambut Aidilfitri secara sederhana dan tetap gembira apabila anak dan cucu yang berada di perantauan akan pulang berhari raya bersamanya.

“Terima kasih kepada syarikat THG yang beri hadiah istimewa ini kepada saya. Saya rasa seronok sangat dan kegelisahan mengenai kepulangan anak dan cucu sebelum ini sudah terubat,” kata ibu tunggal yang kehilangan suami tercinta lebih 20 tahun lepas.

Sementara itu Pengarah Jualan THG, Lee Kok Shing berkata syarikatnya mengetahui berita mengenai kejadian itu daripada sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris sebelum tampil untuk membantu mangsa ribut.

Beliau berkata pihaknya telah menggantikan kekuda bumbung kayu yang rosak kepada kekuda yang lebih ringan yang diperbuat daripada besi dan aluminium yang lebih tahan lasak dan selamat.

“Ini kekuda dan zink yang digunakan pada masa kini dan ia tahan daripada rosak sekiranya angin kencang. Kita telah pasang kekuda ini pada semalam dan dijangka siap esok. Kerja-kerja tergendala disebabkan hujan lebat,” katanya.

Katanya ini juga hadiah kepada mangsa ribut sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi dalam memastikan keluarga itu gembira.

Lee berkata syarikat berusia 32 tahun itu juga akan membaik pulih sebuah lagi rumah di kampung sama yang terjejas teruk akibat ribut dalam masa terdekat dengan kos lebih daripada RM10,000. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd