• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Pembocor Info Pasukan Penyiasat Khas – Puad Zarkashi

oleh
10/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYEBARAN maklumat kononnya adalah dokumen diperoleh daripada Pasukan Penyiasat Khas bukan sahaja mengejutkan banyak pihak tetapi mendedahkan ada ‘orang dalam’ sanggup sabotaj kepimpinan negara kita.

Sehubungan itu, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa Peguam Negara mengambil tindakan tegas ke atas anggota pasukan itu yang khianat dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor dan mantan Timbalan Menteri Pendidikan itu menyuarakan kebimbangan menerusi satu kenyataan media pada 8 Julai. Berikut ialah kenyataan rasmi beliau:

AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS ANGGOTA PASUKAN PEYIASATAN KHAS YANG BOCORKAN MAKLUMAT SIASATAN.

1. Saya mendesak agar Peguam Negara menyiasat segera kebocoran maklumat siasatan yang belum lengkap oleh Pasukan Penyiasat Khas yang ditubuhkan oleh beliau sendiri. Kecuaian itu boleh membawa kesan tidak adil dan fitnah kepada YAB Perdana Menteri.

2. Adalah pelik apabila Wall Street Journal boleh menerbitkan sebuah artikel berkaitan dokumen Pasukan Peyiasatan Khas kurang daripada 24 jam selepas serbuan dibuat.

3. Tidak lama selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat, Wall Street Journal sekali lagi telah menerbitkan dokumen-dokumen berkaitan.

4. Menurut Wall Street Journal, terdapat dua jenis dokumen yang telah mereka terima daripada Pasukan Penyiasat Khas Kerajaan di Malaysia. Yang pertama adalah ‘remittance document’ dan yang kedua adalah dokumen pasukan penyiasatan tersebut.

5. “Remittance document” cuma menyebut nombor akaun AmIslamic Bank yang tidak mempunyai nama sesiapa pun.

6. Jika benar ada di kalangan anggota kepada Pasukan Penyiasatan Khas pimpinan Peguam Negara membocorkan maklumat kepada Wall Street Journal, maka dokumen yang mereka terima adalah dokumen yang masih di dalam siasatan yang tidak lagi tahu kesahihannya atau kebenarannya.

7. Peguam Negara dan ketua agensi yang terlibat di dalam Pasukan Penyiasatan Khas ini perlu melakukan siasatan dalaman untuk mengesan dalang yang telah membocorkan maklumat dan dokumen sulit ini kepada media asing.

8. Tindakan tegas perlu diambil kerana pembocoran maklumat ini telah mengakibatkan spekulasi negatif terhadap imej Dato’ Sri Najib Tun Razak. Pembocoran maklumat ini juga boleh menjejaskan keseluruhan penyiasatan kerana terdapat individu yang tidak lagi bersifat ‘impartial’.

9. Saya juga hairan kenapa Pasukan Penyiasat Khas ini menumpukan siasatan kepada akaun 1MDB sedangkan Pasukan Khas ini sepatutnya mendapatkan testimoni terlebih dahulu daripada pihak WSJ sebagai pihak yang menyebarkan tuduhan.

10. Sekali lagi ingin ditekankan, Pasukan Penyiasat Khas PERLU menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti siapakah dalang yang membocorkan maklumat tersebut dan tindakan tegas perlu diambil dengan segera. Peguam Negara perlu bertanggungjawab di atas kebocoran ini dan perlu menafikan dia terlibat dengan kebocoran ini.

11. Ekoran daripada pembocoran itu pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada wujud konspirasi terancang untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik terutama dalang utamanya.

Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi
MT UMNO

– MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBPerdana MenteriPuad ZarkashiWall Street Journal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd