Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

2 Beranak Rentung Dalam...

KLANG - Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Udang...

Tiada Lagi Pasukan STAGG,...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga...

Pangkalan Data Bersepadu Tangani...

CYBERJAYA - Pembangunan perumahan mampan pada masa depan penting bagi memastikan setiap rakyat...

DBKL Beri Diskaun Khas...

Orang ramai yang memiliki notis kompaun trafik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Harga Langganan Apple Music Di Malaysia Sangat Berbaloi!

APPLE Music yang diperkenalkan pada WWDC 2015 baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada penggemar muzik stream di seluruh dunia.

Dengan kemas kini terbaru iaitu iOS 8.4, pengguna boleh menikmati pelbagai kemudahan yang dibawakan seakan aplikasi Spotify.

Pastinya harga langganan untuk pengguna juga merupakan faktor utama mengapa Apple Music ini bakal dijadikan platform terbaru penggemar musik.

Melalui laman web Apple, harga langganan bulanan tempatan ialah USD3.99 (RM15) untuk persoarangan dan USD5.99 (RM22.50) untuk keseluruhan keluarga.

Ini adalah jauh lebih murah berbanding USD9.99 (RM37)sebulan untuk perseorangan dan USD14.99 (RM57) untuk seluruh keluarga yang dibayar pengguna di Amerika Syarikat.

Mari lihat perbezaan harga langganan bulanan Apple Music di beberapa negara dunia.

apple5
Sumber Gambar: AMANZ

Seperti yang anda boleh lihat harga langganan Malaysia adalah antara yang termurah di dunia.


Harga langganan tempatan ini adalah berkadar terus dengan perbezaan nilai matawang tempatan kepada Dollar Amerika.

Lebih tinggi perbezaan semakin murah harga langganan berbanding di Amerika Syarikat.

Adakah anda akan melanggan kepada Apple Music selepas usai tempoh percubaan kelak?

Apa-apa pun, konsep harga yang murah daripada Apple ini mungkin akan ‘merobek’ tahta keunggulan Spotify yang sudah bertahun-tahun lamanya di dalam arena muzik stream. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori