• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Ambil Gaji, Elaun Lepas Sertai Harapan Baru

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

“Saya menasihatkan pihak yang berbai’ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai’ah itu kerana mereka berbai’ah dengan ALLAH.

“Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai’ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai’ah,” katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai’ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

“Ba’iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah. – Sinar Harian Online

Tags: GajiGHBPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd