• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harakahdaily Belasah Agenda Jahat Malaysiakini

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak tahu Malaysiakini adalah salah satu portal pembangkang yang paling hebat dalam memutar-belit kenyataan pemimpin kerajaan.

Berita yang sengaja disensasikan secara keterlaluan menjadi asas menarik pembaca oleh portal itu.

Jika selama ini yang menjadi mangsa adalah pemimpin kerajaan, nampaknya Malaysiakini semakin melangkah jauh dengan mengenakan pemimpin politik bukan kerajaan pula.

Namun, sebelum diteruskan harus diingat, kalau bukan kerajaan yang jadi mangsa sudah tentu pemimpin Islam dan Melayu pada PAS, kenyataan para pemimpin DAP tidak pernah disensasikan, malah diperkukuhkan dengan berita-berita follow up atau susulan.

Mangsa terbaru adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila kenyataan beliau bahawa pendirian PAS adalah berlandaskan Islam di mana perlu ada 4 saksi jika mahu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melarikan wang 1MDB ke dalam akaun peribadi beliau dizahirkan dengan tajuk yang mengelirukan.

Malaysiakini memberikan tajuk “Like Anwar, there must be four witnesses for Najib” yang lari daripada mesej Abdul Hadi yakni pendirian PAS adalah pendirian Islam dan perlu ada saksi yang berwibawa sebelum melontarkan tuduhan.

Tajuk portal berkenaan seolah-olah merendahkan tahap pemikiran Abdul Hadi.

Berikutan itu, lidah rasmi dalam talian PAS, HarakahDaily mengeluarkan satu berita balas memetik kenyataan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan tajuk “Apa Lagi Yang Malaysiakini Mahu Agendakan?”.

Ternyata pihak PAS pun selama ni sedar sikap membawa agenda peribadi yang dibuat oleh Malaysiakini.

Berikut kenyataan yang disiarkan;

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi dicipta Malaysiakini; Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah “Pendirian kita pendirian Islam. kalau tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuntutan ke atas Najib, kena ada saksi… Saksi yang adil”.

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar Presiden PAS itu dengan jelas menunjukan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.

Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015

*Ini mungkin kali pertama Harakah, lidah rasmi PAS menzahirkan secara terbuka menempelak sikap mensensasikan dan melaporkan berita secara tidak betul oleh Malaysiakini semata-mata untuk agenda politik DAP yang didukung penuh utuh oleh mereka selama ini.

Seperti yang dinyatakan awal tadi, anda tidak akan melihat kenyataan pemimpin DAP disensasikan tetapi ia akan diperkukuhkan lagi adalah!

https://www.youtube.com/watch?v=xVnYZeai15g

Tags: HarakahMalaysiakini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mkini Dotcom Didenda RM500,000 Hina Mahkamah

19/02/2021
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah...

Laporan Malaysiakini Tidak Benar, Berniat Jahat

30/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan ada merancang menyingkirkan presidennya dan Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd