• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mkini Dotcom Didenda RM500,000 Hina Mahkamah

oleh
19/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Bagaimanapun, mahkamah tidak berpuas hati kes telah dibuktikan melangkaui keraguan yang munasabah terhadap Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan, justeru berpendapat lelaki itu tidak bersalah menghina mahkamah.

Mahkamah memerintahkan Mkini Dotcom membayar denda itu dalam tempoh tiga hari bermula Isnin ini.

Keputusan Mkini Dotcom bersalah menghina mahkamah dicapai menerusi majoriti 6-1 yang disampaikan oleh panel tujuh hakim yang bersidang, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.

Keputusan majoriti dibuat oleh Rohana; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; serta hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, manakala Datuk Nallini Pathmanathan menentang.

Rohana berkata, mahkamah mendapati pertuduhan mempermudah penerbitan komen pembaca terhadap Mkini Dotcom telah dibuktikan, justeru memutuskan syarikat berkenaan bersalah menghina mahkamah.

Jabatan Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan berkaitan lima komen pembaca mengenai sebuah artikel diterbitkan Malaysiakini pada 9 Jun tahun lalu bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.

Pada 17 Jun tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan.

Pada 2 Julai tahun lalu, Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini, dan Gan gagal membatalkan kebenaran diperoleh Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka. – BERNAMA

Tags: MalaysiakiniMkini Dotcom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

28 Mei Sebutan Semula Kes Rasuah Guan Eng, Isteri, Li Koon

Next Post

PPR Ganti Rumah Malaysia, Atasi Masalah Kediaman Kosong

Related Posts

Laporan Malaysiakini Tidak Benar, Berniat Jahat

30/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan ada merancang menyingkirkan presidennya dan Datuk Seri Najib Razak...

DAP Juga Ada Peranan Cetuskan Peristiwa 13 Mei

15/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Jika DAP dan portal berita Malaysiakini serius untuk membincangkan Peristiwa 13 Mei secara menyeluruh, mereka perlu juga...

Next Post

PPR Ganti Rumah Malaysia, Atasi Masalah Kediaman Kosong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd