Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan...

Insiden Kebakaran Di Bangladesh...

DHAKA - Sekurang-kurangnya 40 orang maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran...

Kilang Ais Alami Kebocoran...

GEORGE TOWN - Sebuah kilang membuat ais di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan...

Kaji, Bukukan Sikap Almarhum...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar warisan dan peradaban Melayu menyarankan agar satu kajian...

Gula-Gula Popular White Rabbit Ada Kandungan Gelatin! Halal Ke?

BAGI individu yang menjalani kehidupan kanak-kanak pada tahun 90-an, pastinya gula-gula merupakan item yang popular dan sering dibeli di kedai runcit kerana harganya yang murah.

Antara yang menjadi dambaan adalah gula-gula berperisa udang, Sugus, Magic Pop, Mini Burger dan White Rabbit. Walaupun sambutannya tidak seperti belasan tahun dahulu, namun sebahagiannya masih lagi dijual di Malaysia hari ini.

Salah satunya adalah White Rabbit Creamy Candy yang kini menimbulkan keraguan banyak pihak tentang status halalnya kerana mengandungi gelatin. Ia terang-terangan tertulis di bahagian kandungan makanan dan dilekat pada plastik pembungkusan.

Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

rabbit 2

Gelatin merupakan bahan penting yang digunakan dalam industri makanan dan perubatan sejak berabad-abad dahulu, dan kini ia turut diaplikasikan dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan sebagainya.

Secara asasnya gelatin dibahagikan kepada Type A dan Type B. Untuk Type A, ia diperoleh daripada kulit babi, manakala Type B didapati daripada kulit-kulit dan tulang-tulang haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

Perkembangan industri makanan halal di peringkat global bagaimanapun telah melahirkan satu produk gelatin halal kerana menggunakan serat daripada tumbuhan.

Jadi yang mencetuskan persoalan adalah, apakah kandungan gelatin yang diadun dalam gula-gula tersebut halal atau tidak?

Pastinya kalau menggunakan bahan daripada babi, ia haram untuk dijamah umat Islam. Begitu juga dengan bahan-bahan daripada haiwan lain kerana proses penyembelihan yang dilakukan kilang di luar negara berkemungkinan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan syariat Islam.

Senang cakap, isu makanan yang meragukan patut diselesaikan kerana ia terletak di bawah isu ‘syubhah’ atau meragukan, sekaligus tetap tidak boleh dimakan.


soaking-gelatine-leaf

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Mynewshub mengambil inisiatif menghubungi nombor yang tertera di plastik pembungkusan White Rabbit Creamy Candy.

Wakil syarikat tersebut dikenali sebagai Miss Yong yang menjawab panggilan kami memberitahu, gula-gula itu diimport terus dari syarikat pengeluar di China dan proses pembuatannya adalah seratus peratus di sana. Apabila tiba di sini, syarikatnya hanya membungkus kembali gula-gula itu ke dalam bungkusan-bungkusan kecil untuk dipasarkan.

Diajukan soalan tentang status gelatin yang digunakan, Miss Yong berkata, syarikat di China telah menggunakan gelatin yang diimport dari Rousselot, sebuah syarikat pengeluar gelatin dan kolagen terbesar di Amerika Syarikat. Terangnya lagi, ia langsung tidak menggunakan gelatin Type A, tetapi Type B iaitu bersumberkan haiwan dari keluarga lembu.

Seperti yang dibincangkan di atas, walaupun tidak menggunakan babi namun ia bukan seratus peratus jaminan halal kepada makanan tersebut kerana proses penyembelihan yang diragui. Apa-apapun, pengguna lebih bijak menilai dan membuat keputusan, kan?

Kalau diimbas pada 2008, jenama White Rabbit Creamy Candy telah diarahkan untuk ditarik kembali dari pasaran Malaysia dan terus dimusnahkan setelah pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan produk China itu mengandungi 135 bahagian daripada setiap satu juta (ppm) melamin berbanding had standard 2.5ppm. Pihak Singapura turut mengambil tindakan serupa sebelum itu kerana sebab sama.

Tepuk dada jangan cuma tanya selera tapi juga hukum agama… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 JAKIM Sahkan Tiada DNA Babi Dalam Produk Cadbury

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori