• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GHB Ambil Alih Parti Kita, Alternatif Kepada PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.

“Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan dua Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini hari ini.

Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula dua anggota Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula dua anggota Majlis daripada PAS itu.

Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai Anggota Majlis berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP. – BERNAMA

https://youtu.be/2yD_eknOoto

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd