• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Harapan Baru: PAS Akan Lawan ‘Mat Sabu & The Gang’

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN penubuhan Gerakan Harapan Baru yang diumumkan awal minggu ini, PAS dilaporkan menolak untuk menjalin sebarang kerjasama dengan kumpulan tersebut walaupun ia ditubuhkan beberapa pemimpinnya.

Memetik kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yaakob dalam laporan Free Mmalaysia Today, keputusan tersebut dibuat berdasarkan dasar perjuangan yang tak jelas, selain ia dianggap sebagai parti lawan.

BERKAITAN: “Mat Sabu & The Gang” Tubuh Gerakan Harapan Baru

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ujar beliau kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka di rumahnya di Wakaf Baharu, “Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baru) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum.”

Selain itu, ketika menyentuh tentang tindakan PAS terhadap pemimpin-pemimpin Harapan Baru, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu kini mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

“Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin Pas yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

“Mungkin itu satu cara yang diambil Presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan.”

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin dalam parti Islam yang ingin menyertai Harapan Baru untuk berundur secara terhormat daripada PAS.

“Kalau mereka nak isytihar Harapan Baru, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

“Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan Harapan Baru),tapi jangan berada dalam Pas dalam keadaan yang tak menentu. Harapan Baru pun tak, Pas pun tak… itu masalah.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PAS Tak Boleh Halang Ahli Sertai Harapan Baru

Tags: Gerakan Harapan Barupakatan rakyatPASpolitik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empire State New York Dilimpahi Warna Hijau Sempena Aidilfitri

Next Post

Keliru Tali Pusat, Pelajar Perubatan Hampir Penggal Zakar Bayi

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Keliru Tali Pusat, Pelajar Perubatan Hampir Penggal Zakar Bayi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd