• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Perlu Didikan Agama Untuk Pulih – Senator Shahanim

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR -Walaupun beliau anak kelahiran Sungai Petani, Kedah namun, masalah gelandangan di ibu negara mendapat perhatiannya sehinggakan sanggup berkorban masa mendidik golongan itu dengan nilai-nilai agama.

Anggota Dewan Negara Senator Shahanim Mohd Yusof meluangkan masa kira-kira 3 jam sebanyak lapan kali sebulan untuk bersama golongan gelandangan di sekitar Jalan Hang Lekiu di sini demi mendidik dan menerapkan nilai-nilai agama dalam memulihkan kerohanian mereka.

Bernama yang mengikuti beberapa kelasnya mendapati Shahanim akan memulakan sesi motivasinya dengan membaca surah Al-Fatihah sebelum mengajar beberapa surah ringkas termasuk Al-Asri, Al-Fil, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Beliau kemudian menerangkan pengertian kehidupan berlandaskan agama Islam di samping mengadakan pertandingan hafazan bagi surah-surah yang telah beliau ajarkan kepada mereka.

Biarpun dalam kumpulan gelandangan itu ada yang beragama lain namun, mereka turut serta mendengar ceramah yang disampaikan oleh senator itu.

Ini kerana berdasarkan pemerhatiannya semasa beberapa siri ‘turun padang’ dengan gelandangan di sekitar ibu kota, kebanyakan mereka tidak mempunyai pengisian jiwa menyebabkan mereka kurang bersemangat untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik.

Shahanim berkata bukan semua gelandangan malas dan sengaja memilih hidup merempat malah ada di antara mereka pernah menyandang jawatan pegawai tinggi di syarikat-syarikat ternama tetapi diberhentikan dan terpaksa menanggung hutang yang banyak.

“Janganlah kita menghukum mereka, sebaliknya kita kenal pasti kenapa mereka hidup sebegini.

“Selain makanan dan keperluan asas, jiwa golongan ini perlu diisi dengan aspek-aspek kerohanian dan motivasi agar mereka lebih terbuka dan berusaha memajukan diri,” katanya kepada Bernama di sini.

Melihatkan keadaan gelandangan, pasti ramai akan merasa belas kasihan dan mahu membantu mereka.

Apatah lagi sekiranya ada kalangan mereka sudah berkeluarga dan terpaksa menjaga anak-anak dalam persekitaran yang kurang kondusif dan kotor.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk membangunkan pusat perkhidmatan gelandangan di Medan Tuanku dan dua projek premis pusat sehenti di Chow Kit dan Bulatan Pahang di sini.

Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.

Pada persidangan Dewan Negara baru-baru ini, Shahanim mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan pangkalan data gelandangan bagi mengenal pasti punca permasalahan, keperluan dan kehendak sebenar golongan berkenaan.

Selaku penaung Persatuan Belia Nur Kasih, beliau berkata setakat ini persatuan itu menyenarai lebih 800 gelandangan wanita, lelaki, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU), dan bersedia memanjangkannya kepada pihak berkenaan.

“Maklumat yang kita dapat akan disalurkan kepada agensi atau kementerian bertanggungjawab…berilah mereka peluang pekerjaan yang bersesuaian seperti tukang kebun atau pembantu rumah,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Wafnm3iCE0Y

Tags: gelandangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zakat Melalui Potong Gaji Dapat Sambutan Menggalakkan

Next Post

Status Di Laman Sosial Boleh Undang Padah

Related Posts

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

Beg Disangka Ada Bom, Rupa-Rupanya Milik Gelandangan

28/01/2023
0

Subang Jaya : Orang ramai gempar apabila menemukan bagasi yang disangka mengandungi bom di kawasan stesen transit aliran ringan (LRT)...

Next Post

Status Di Laman Sosial Boleh Undang Padah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd