Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

‘Saya Dapat Pasport Sementara...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan situasi...

DAP Keluar Resolusi Kecam...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi mengeluarkan...

Zeti Dapat Penarafan Gred...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar...

Pantau, Banteras Samseng Jalanan...

Georgetown : Sebanyak 119 motosikal disita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti samseng jalanan...

Erra Fazira Terima Jika Jodohnya Dengan Lelaki Muda

NAMA primadona filem Melayu ini acap kali dikaitkan bercinta dengan penyanyi yang memenangi program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi.

Namun sehingga ke hari ini baik Erra Fazira mahu pun Shahir mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung dakwaan tersebut.

Mengakui dirinya kini sedang bercinta dan mengenali hati budi seseorang, Erra walau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Erra juga berkata dia tidak menolak sekiranya jodohnya selepas ini merupakan jejaka yang lebih muda daripadanya kerana menganggap ianya adalah ketetapan daripada Ilahi justeru siapalah dia untuk menolak takdir Allah yang telah direncanakan.

Memetik laporan Berita Harian, Erra menyatakan: “Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecapi bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasullullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya, Siti Khadijah yang lebih berusia.

“Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki muda sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir,” ujar penyanyi dan pelakon berusia 41 tahun itu.


Pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, pastinya peminat-peminat setia Erra mahu melihat kebahagiaan hakiki dapat didakap oleh selebriti kesayangan mereka ini.

Kita doakan sahaja agar hubungan Erra dan jejaka misteri berkenaan kekal ke pelaminan sekaligus sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

Erra Fazira Nafi Berhijab Kerana Shahir

https://www.youtube.com/watch?v=AbT13EGhvYk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori