• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Kukuh, PM Gembira Unjuran Terkini Fitch

oleh
03/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semakan Fitch Ratings ke atas unjuran kredit Malaysia kepada ‘stabil’ sesungguhnya membuktikan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang semakin baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya gembira kerana Fitch, agensi penarafan antarabangsa, mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan menyemak naik unjuran kita kepada stabil,” katanya dalam muat naik terkini dalam Facebook dan Twitter beliau.

Fitch Ratings dalam laporan terbaharu mereka mengesahkan bahawa penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang pada ‘A-‘ manakala resit depositori antarabangsa (IDR) bagi mata wang tempatan kepada ‘A’.

Penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia juga disahkan pada ‘A’ dan unjuran agensi itu ke atas IDR jangka panjang tersebut disemak menaik kepada stabil daripada negatif sebelum ini.

Baca: Kadar Penarafan Kredit Malaysia Kembali Stabil

Dalam membuat penarafan ke atas Malaysia, Fitch berkata kewangan fiskal semakin meningkat sejak tahun lalu dengan defisit umum kerajaan susut daripada 4.6 peratus Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus bagi 2014.

Malahan hutang kerajaan secara amnya juga mencatatkan penguncupan daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014 lalu.

Fitch berkata kemajuan yang direkodkan ke atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) serta pembaharuan semula subsidi bahan api, turut menyokong kedudukan kewangan fiskal semasa negara.

Defisit fiskal juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak masih rendah. Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan yang kukuh turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.

Fitch Ratings merupakan antara tiga agensi penarafan antarabangsa yang diwujudkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sejak 1975 bagi menilai daya saing hutang sesebuah negara dengan kedudukan ekonomi.

Ia bersama-sama Moody’s dan Standard & Poor’s lebih popular disebut Big Three juga diiktiraf di peringkat global dari segi penilaian kredit mana-mana negara atau syarikat gergasi .- Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: EkonomiKDNK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd