• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Dicabar Nafikan Pertemuan Tony Pua Dengan Justo

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu kepimpinan DAP tampil dan menafikan pertemuan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo di Singapura.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata persoalan yang paling besar ialah apakah kepimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang mahu ke depan dan mengaku bahawa Pua tidak terlibat sama sekali sama ada berhubung, berjumpa ataupun mengarahkan seseorang untuk berhubung dengan Justo.

“Soal teknikal Pua jumpa Justo atau tidak, itu tidak penting. Itu biar pihak polis yang menentukan nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini hari ini.

Abdul Rahman mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata kerajaan perlu membuat pendirian berhubung laman web dan portal berita yang melaporkan pembohongan dan isu kontroversi.

Ketika mengulas sama ada laman web Sarawak Report perlu ditutup kerana melaporkan dakwaan berlaku rasuah melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menteri itu berkata kerajaan mesti mengambil tanggungjawab tentang nasib laman web itu.

“Terdapat peruntukan dalam undang-undang, sejauh mana ia berkesan atau tidak, kerajaan perlu membuat pendirian. Tiada kerajaan di dunia akan membenarkan pembohongan secara terang-terangan seperti itu dan portal berita kontroversi untuk beroperasi di dalam negara ini.

“Apabila sesebuah laman web dianggap meminda atau memalsukan dokumentasi, maka kerajaan perlu membuat satu pendirian dan pendirian itu sangat jelas bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana laman web dan blog berita tidak bertanggungjawab yang menggunakan dokumen yang telah dipinda,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPTony PuaXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd