• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Tewas Kepada Chen Long‎ Di Suku Akhir

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran ketiga selepas bebas daripada penggantungan pada Mei lepas, tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long pada suku akhir Terbuka Taiwan hari ini.

Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari China itu dalam pertarungan selama satu jam 17 minit di Taipei Arena, sebelum tewas 21-17, 20-22 dan 13-21.

Pemain berasal dari Bukit Mertajam itu sebelum ini, menjuarai Terbuka Kanada dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini, dalam misi memperbaiki ranking dunianya.

Chong Wei juga berhasrat mahu mengumpul sebanyak mungkin mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Chong Wei yang kini menduduki ranking ke-65 dunia, digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping sewaktu Kejohanan Dunia di Copenhagen tahun lepas. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=oaXSL8hTv3k

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd